Hari ni jom kita bercerita sikit pasal Hikayat Si Gigi Bongsu.
Dalam banyak-banyak gigi, kenapa dia yang di panggil gigi bongsu? atau 'Wisdom Tooth'? Gigi bongsu ialah gigi geraham besar kekal ketiga yang paling akhir tumbuh. Disebabkan dia gigi yg paling lambat menampakkn diri di dunia ini, maka kita gelarkan dia 'Gigi Bongsu'. Dan katanya kalau kita dah tumbuh gigi bongsu, maka kita dah cukup 'wisdom' (kebijaksanaan) atau 'wise enough' - sebab tu namanya wisdom tooth☺️ Bila dia yg paling lambat keluar, biasanya dlm lingkungan umur 18-25 tahun, kebanyakan gigi ini tidak dapat tumbuh dengan sempurna. Antara sebabnya termasuklah tiada ruang utk tumbuh (rahang kecil), pertumbuhan dihalang oleh gigi geraham besar kedua atau kedudukan gigi itu sendiri yang senget atau melintang menjadikan dia tidak dapat tumbuh pada ruang yg sedia ada. Gigi seperti ini kita gelarkan sebagai 'impacted tooth' atau gigi terimpak. Perkara ini sebenarnya menjadi punca pelbagai masalah kesihatan mulut (oral health) tuannya. Kedudukan gigi bongsu yg paling hujung di rahang kiri dan kanan selalunya menjadi tempat pengumpulan plak/ sisa makanan. Pada peringkat awal pertumbuhan, gusi akan membengkak dan menampakkan korona (crown) gigi bongsu itu. Kalau tak di jaga dgn rapi, plak/ sisa makanan yg berbakteria akan terselit dibawah gusi, kemudiannya menjadi punca gusi dijangkiti kuman. 'Pericoronitis' merupakan istilah di mana apabila gusi disekeliling gigi terimpak/separuh tumbuh menjadi radang/ bengkak. Maka bermula lah episod gusi bengkak dan sakit, berbau/bernanah, mudah berdarah, sukar utk buka mulut & mengunyah, sampai ada yg demam! Malah yg lebih SERIUS, bengkak gusi ini boleh merebak ke pipi & menjadi kan tuannya susah bernafas/ makan! Bukan itu sahaja, Si Gigi Bongsu ini juga boleh menyebabkan jiran/ gigi bersebelahannya turut menjadi mangsa. Bagaimana?? Plak/ Sisa makanan yg tidak dapat dibersihkan akan melekat di sekitar gigi bongsu hingga menghasilkan caries atau pereputan gigi pada gigi itu sendiri serta pada gigi-gigi bersebelahannya. Selain itu, plak/ sisa makanan yang gagal dibersihkan juga boleh menyebabkan masalah penyakit gusi yg kronik pada gigi bersebelahan gigi bongsu menyebabkan sampai satu tahap gigi boleh longgar dan perlu dicabut. Walaubagaimanapun, situasi-situasi ini tidak semestinya mewajibkan kita utk terus membuang/ mencabut semua gigi bongsu. Sebaliknya dinasihatkan utk membuat pemeriksaan gigi serta dapatkan nasihat daripada doktor gigi anda. Jika anda dinasihatkan utk membuat cabutan gigi bongsu, selalunya, gigi terimpak perlu dicabut secara pembedahan kecil (minor oral surgery). Bius setempat (local anaesthetic) akan diberi dan tempoh pembedahan dianggarkan dalam 20 - 60 minit bergantung kepada kedudukan/ bentuk gigi, faktor pesakit dan kepakaran doktor itu sendiri. Selepas cabutan, komplikasi seperti bengkak, sakit, kebas, pendarahan berpanjangan dan jangkitan kuman boleh berlaku. Dapatkan nasihat doktor gigi anda supaya komplikasi ini semua dapat dikawal, atau lebih baik, dielakkan terus. Kesimpulannya, Allah menciptakan sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Setiap yang ada dalam tubuh badan kita ini harus kita pelihara & jaga sebagai amanah. Amalkan penjagaan gigi yg baik, buat pemeriksaan gigi berkala & dapatkan nasihat daripada Pakar Gigi Anda!
0 Comments
Leave a Reply. |
Who is aiDentist?aiDentist is made up of Archives
February 2018
Categories |