Hai aiDentist lovelies! Lately ni, ramai yang tanya apa beza conventional braces vs self ligating braces. So harini kita terangkan sedikit perbezaan antara 2 jenis braces ni secara general ye.
Conventional Braces Braces ini jenis yg kita selalu nampak ramai org pakai tu. Biasanya braces ni ada getah warna warni. So utk conventional, the bracket, wire dan getah (modules) akan bekerja bersama2 utk membawa gigi ke "desired position". Tempoh pemakaian braces ini adalah lebih kurang 2-3 tahun, dan kos rawatan lebih murah. Tapi every month kena datang jumpa dentist ye, kalau tak nanti lambat lah siap 😅 Self ligating Braces ini pula tidak perlu menggunakan elastik module (getah warna warni) kerana braket nya di reka khas dgn special clip utk memegang wire ke dlm bracket. Tempoh pemakaian braces ini biasanya lebih pendek, kurang rasa sakit sepanjang rawatan dan dental visit adalah lebih sedikit berbanding conventional braces (maksudnya tak perlu datang setiap bulan). Tapi kos rawatan nya tentulah lebih mahal daripada braces conventional. Perbezaan secara general ni harapnya dapat membantu tingkatkan pemahaman serba sedikit. Dua2 jenis braces ni available di aiDentist. Tapi yg clear aligner kita takde ye. Utk penerangan lebih details kena lah dtg jumpa doktor k! 😉 #servicebraces #bracesmalaysia #saynotofakebraces #bracesmalaysiamurah #bracesshahalam
1 Comment
Salah satu ‘supplement/vitamin’ gigi berbentuk KRIM yang boleh disapu & digosok pd gigi bg mencegah pembentukan karies/ gigi berlubang malah dapat menguatkan gigi yg mudah reput disebabkan masalah FLUOROSIS/ tompokan putih (white spot lesion) pd gigi.
GC tooth mousse ni sgt sesuai bukan sahaja utk kanak2 yg mudah reput gigi nya, malah kpd mereka yg pki braces & mereka yg giginya mudah berlubang (high risk caries). P/s Kalau gigi yg telah pun berlubang/ karies, rawatan gigi spt tampalan perlu dilakukan ya! #gctoothmousse #klinikgigishahalam #vitamingigi #lamanseribusinesspark #seksyen13 #infogigiaidentist Flossing removes plaque from areas between your teeth that cant be reach by your toothbrush. Plaque, if not removed, will eventually harden into calculus or tartar, leading to gum disease.
So you should always try to floss once everyday. It doesnt matter when within the day that you floss, so long as you do it. Flossing should not be painful. Its common to feel uncomfortable when you first start, but you'll get used to it after awhile. Take good care of your teeth, because you'll only have one throughout your entire life, so invest in oral hygiene, your future-self will appreciate it! Ramai yang tanya macam mana gigi boleh berlubang padahal saya selalu gosok gigi pagi & sebelum tidur. So harini kita akan cerita about gigi berlubang or scientific term nya is dental caries.
Caries/decay/gigi berlubang disebabkan oleh specific bacteria di dalam mulut yg menukarkan sugar & carbohydrates (starches) yang terdapat dalam makanan yg kita makan kpd acid. Kekerapan waktu makan sgt mempengaruhi pembentukan caries sbb setiap kali kita makan, mulut kita akan berada dlm pH berasid (acidic). So acid ini yg akan merapuhkan minerals pada gigi kita yg lama kelamaan akan pecah dan membentuk lubang (cavity). Pembentukan caries (gigi berlubang) berlaku secara berperingkat dan mengambil masa. So in early stages, it can be stopped and sometimes can even be reversed. Tapi apabila lubang dah terbentuk, only the dentist can repair the tooth. So this is how caries terbentuk secara ringkasnya. Insyaallah next time kita cerita about cara penjagaan & prevention pulak. Siapa tak faham boleh dtg klinik aiDentist untuk dapatkan consultation dentist serta check up. Semasa consultation nanti doktor boleh explain A-Z, pastu boleh check gigi sekali mana tahu ada gigi yg dah nak start berlubang. Hari ni jom kita bercerita sikit pasal Hikayat Si Gigi Bongsu.
Dalam banyak-banyak gigi, kenapa dia yang di panggil gigi bongsu? atau 'Wisdom Tooth'? Gigi bongsu ialah gigi geraham besar kekal ketiga yang paling akhir tumbuh. Disebabkan dia gigi yg paling lambat menampakkn diri di dunia ini, maka kita gelarkan dia 'Gigi Bongsu'. Dan katanya kalau kita dah tumbuh gigi bongsu, maka kita dah cukup 'wisdom' (kebijaksanaan) atau 'wise enough' - sebab tu namanya wisdom tooth☺️ Bila dia yg paling lambat keluar, biasanya dlm lingkungan umur 18-25 tahun, kebanyakan gigi ini tidak dapat tumbuh dengan sempurna. Antara sebabnya termasuklah tiada ruang utk tumbuh (rahang kecil), pertumbuhan dihalang oleh gigi geraham besar kedua atau kedudukan gigi itu sendiri yang senget atau melintang menjadikan dia tidak dapat tumbuh pada ruang yg sedia ada. Gigi seperti ini kita gelarkan sebagai 'impacted tooth' atau gigi terimpak. Perkara ini sebenarnya menjadi punca pelbagai masalah kesihatan mulut (oral health) tuannya. Kedudukan gigi bongsu yg paling hujung di rahang kiri dan kanan selalunya menjadi tempat pengumpulan plak/ sisa makanan. Pada peringkat awal pertumbuhan, gusi akan membengkak dan menampakkan korona (crown) gigi bongsu itu. Kalau tak di jaga dgn rapi, plak/ sisa makanan yg berbakteria akan terselit dibawah gusi, kemudiannya menjadi punca gusi dijangkiti kuman. 'Pericoronitis' merupakan istilah di mana apabila gusi disekeliling gigi terimpak/separuh tumbuh menjadi radang/ bengkak. Maka bermula lah episod gusi bengkak dan sakit, berbau/bernanah, mudah berdarah, sukar utk buka mulut & mengunyah, sampai ada yg demam! Malah yg lebih SERIUS, bengkak gusi ini boleh merebak ke pipi & menjadi kan tuannya susah bernafas/ makan! Bukan itu sahaja, Si Gigi Bongsu ini juga boleh menyebabkan jiran/ gigi bersebelahannya turut menjadi mangsa. Bagaimana?? Plak/ Sisa makanan yg tidak dapat dibersihkan akan melekat di sekitar gigi bongsu hingga menghasilkan caries atau pereputan gigi pada gigi itu sendiri serta pada gigi-gigi bersebelahannya. Selain itu, plak/ sisa makanan yang gagal dibersihkan juga boleh menyebabkan masalah penyakit gusi yg kronik pada gigi bersebelahan gigi bongsu menyebabkan sampai satu tahap gigi boleh longgar dan perlu dicabut. Walaubagaimanapun, situasi-situasi ini tidak semestinya mewajibkan kita utk terus membuang/ mencabut semua gigi bongsu. Sebaliknya dinasihatkan utk membuat pemeriksaan gigi serta dapatkan nasihat daripada doktor gigi anda. Jika anda dinasihatkan utk membuat cabutan gigi bongsu, selalunya, gigi terimpak perlu dicabut secara pembedahan kecil (minor oral surgery). Bius setempat (local anaesthetic) akan diberi dan tempoh pembedahan dianggarkan dalam 20 - 60 minit bergantung kepada kedudukan/ bentuk gigi, faktor pesakit dan kepakaran doktor itu sendiri. Selepas cabutan, komplikasi seperti bengkak, sakit, kebas, pendarahan berpanjangan dan jangkitan kuman boleh berlaku. Dapatkan nasihat doktor gigi anda supaya komplikasi ini semua dapat dikawal, atau lebih baik, dielakkan terus. Kesimpulannya, Allah menciptakan sesuatu itu pasti ada hikmahnya. Setiap yang ada dalam tubuh badan kita ini harus kita pelihara & jaga sebagai amanah. Amalkan penjagaan gigi yg baik, buat pemeriksaan gigi berkala & dapatkan nasihat daripada Pakar Gigi Anda! |
Who is aiDentist?aiDentist is made up of Archives
February 2018
Categories |